Aku pernah menjadi Kerani Pengundian & Kerani Mengira, Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Pilihan Raya Umum Ke-9. Kawasannya P.110 Parlimen Seputeh. Keputusan akhirnya dimenangi oleh calon dari parti DAP. Memang Parlimen Seputeh menjadi kubu kuat DAP hingga sekarang. Walaupun dimenangi oleh parti pembangkang, pembangunan kawasan Seputeh tetap rancak. Dari kawasan perumahan dan padang lapang, kilang haram, kini telah ada Midvalley, pelbagai hotel dan tumah kedai. Malah sepanjang Jalan Kelang Lama, dari Batu 0 hingga Batu 6 begitu rancak membangun, hingga aku hampir tersalah tuju. Dulu aku tinggal di Kg. Pasir Lama, berhadapan Hotel Pearl Internasional, rumah setinggan. Apabila hendak dibangunkan, Tok Penghulu (dan orang kuat UMNO) telah berpakat dengan pegawai Dewan Bandar Raya menipu aku. Alasan mereka, aku masih bujang kerana tiada peralatan rumah, sebagaimana rumah kelamin yang lain. Aku tunjuk Surat Beranak anak dan surat nikah, tetapi cikabau itu tidak mahu menerimanya. Penduduk asal di sini diberi pilihan sama ada membeli rumah bandar raya dengan separuh harga, atau mengambil wang sebanyak RM22,000. Oleh sebab itu, pada tahun 1999 aku berhenti jadi Kerani Pengundian & Kerani Mengira, Suruhanjaya Pilihan Raya kerana mahu undi pembangkang.Jumaat, 16 November 2012
Kerani SPR
Aku pernah menjadi Kerani Pengundian & Kerani Mengira, Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Pilihan Raya Umum Ke-9. Kawasannya P.110 Parlimen Seputeh. Keputusan akhirnya dimenangi oleh calon dari parti DAP. Memang Parlimen Seputeh menjadi kubu kuat DAP hingga sekarang. Walaupun dimenangi oleh parti pembangkang, pembangunan kawasan Seputeh tetap rancak. Dari kawasan perumahan dan padang lapang, kilang haram, kini telah ada Midvalley, pelbagai hotel dan tumah kedai. Malah sepanjang Jalan Kelang Lama, dari Batu 0 hingga Batu 6 begitu rancak membangun, hingga aku hampir tersalah tuju. Dulu aku tinggal di Kg. Pasir Lama, berhadapan Hotel Pearl Internasional, rumah setinggan. Apabila hendak dibangunkan, Tok Penghulu (dan orang kuat UMNO) telah berpakat dengan pegawai Dewan Bandar Raya menipu aku. Alasan mereka, aku masih bujang kerana tiada peralatan rumah, sebagaimana rumah kelamin yang lain. Aku tunjuk Surat Beranak anak dan surat nikah, tetapi cikabau itu tidak mahu menerimanya. Penduduk asal di sini diberi pilihan sama ada membeli rumah bandar raya dengan separuh harga, atau mengambil wang sebanyak RM22,000. Oleh sebab itu, pada tahun 1999 aku berhenti jadi Kerani Pengundian & Kerani Mengira, Suruhanjaya Pilihan Raya kerana mahu undi pembangkang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan