Cuti sekolah ni amat membosankan. Tak dapat melawat Semporna atau Lahad Datu, juga Sandakan. Bimbang kerana penceroboh belum dihapuskan sepenuhnya. Amat sukar menghapusnya kerana, menurut khabar, mereka juga mempunyai kad pengenalan. Yang dikepung itu mungkin tidak berbahaya kepada masyarakat awam di luar kawasan. Yang ditakuti ialah mereka yang berada di luar kawasan. Khabarnya, kerja mereka pun macam-macam, daripada pegawai tinggi kerajaan hingga nelayan. Mereka juga bersaudara-mara dan tingal di pelbagai tempat, termasuk Tawau. Puratanya di petempatan kampung air. Abgimudin misalnya, menantu orang besar parti kanan. Dan, ramai ahli keluarga. Tali barutnya juga dikatakan bukan calang-calang orang. Mat Bom misalnya, juga orang kuat parti kanan. Kesian Anwar dan Tian Chua yang dikambinghitamkan. Saya, perwira dan keluarga perwira, disogok maklumat syak wasangka, hingga terdorong rasa benci terhadap kumpulan orang yang tidak sepatutnya dibenci.Isnin, 25 Mac 2013
Cuti Sekolah
Cuti sekolah ni amat membosankan. Tak dapat melawat Semporna atau Lahad Datu, juga Sandakan. Bimbang kerana penceroboh belum dihapuskan sepenuhnya. Amat sukar menghapusnya kerana, menurut khabar, mereka juga mempunyai kad pengenalan. Yang dikepung itu mungkin tidak berbahaya kepada masyarakat awam di luar kawasan. Yang ditakuti ialah mereka yang berada di luar kawasan. Khabarnya, kerja mereka pun macam-macam, daripada pegawai tinggi kerajaan hingga nelayan. Mereka juga bersaudara-mara dan tingal di pelbagai tempat, termasuk Tawau. Puratanya di petempatan kampung air. Abgimudin misalnya, menantu orang besar parti kanan. Dan, ramai ahli keluarga. Tali barutnya juga dikatakan bukan calang-calang orang. Mat Bom misalnya, juga orang kuat parti kanan. Kesian Anwar dan Tian Chua yang dikambinghitamkan. Saya, perwira dan keluarga perwira, disogok maklumat syak wasangka, hingga terdorong rasa benci terhadap kumpulan orang yang tidak sepatutnya dibenci.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan