Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti. Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).Rabu, 25 September 2013
Kampung Inderasabah
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti. Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).Selasa, 17 September 2013
Durian Lai
Rupanya seperti durian. Ulasnya pun seperti durian. Masyarakat tempatan memanggilnya buah Lai. Maka, saya menamakannya sebagai Durian Lai. Durian ini banyak terdapat di Sarawak, Tawau (Merontai) dan Kalimatan.
Rabu, 4 September 2013
Menaruh Harapan
Masyarakat pendidik, terutama di Sabah dan warga Institut Pendidikan Guru (IPG) sangat bergantung harapan kepada Datuk Mary Yap Kaing Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang baharu. Diharapkan beliau akan membawa perubahan kepada sekolah agar selari dengan visi dan misi kementerian. Begitu juga dengan IPG yang masih banyak ketinggalan berbanding dengan institusi pendidikan yang menawarkan ijazah. Bilik pensyarah seumpama stor atau pasar kering. Kurikulumnya tidak tersusun dengan baik dan akademik. Malah, aktivitinya banyak dikawal oleh pihak luar, bukannya IPG berkenaan. Tenaga pengajarnya masih bermentaliti guru, bukannya pakar akademik. Ini semua memerlukan sentuhan Datuk Mary Yap, lebih-lebih lagi beliau pernah memegang jawatan tertinggi di IPG. Beliau akan dikenang jika Berjaya membawa perubahan kepada IPG dan sekolah-sekolah di Sabah terutamanya.
Selasa, 3 September 2013
Orang Kinabatangan
"(Harga) minyak petrol naik pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana (mereka) yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung tidak berkereta," demikian ujar anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohktar Radin terhadap isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 20 sen seliter yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 September 2013. Pada padangan saya, kenyataan Bung Mokhtar itu tidak bertanggungjawab dan menghina mereka yang memiliki kereta besar (golongan atasan dan menengah), termasuk keluarga Bung Mokhtar sendiri. Bung terlepas pemikiran apabila beranggapan sedemikian kerana orang kampung juga (sebagaimana orang tidak kampung) memerlukan makanan. Sebahagian besar makanan yang dibeli dan dimakan oleh orang kampung itu adalah diangkut menggunakan kenderaan yang dinaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik akan secara langsung menyebabkan harga barangan juga naik. Kenaikan harga barangan inilah yang bakal 'memudaratkan' (menjejaskan) corak kehidupan dan pembelanjaan orang kampung, lebih-lebih lagi masyarakat kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Pekan yang sedia dhoih itu.
Kesan daripada kenaikkan harga tersebut, Malaysiakini pada 3 Sept. 2013 melaporkan syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdb. Bhd. telah berhasrat menaikkan surcaj bahan api kargo dari kadar 16.19% kepada 18.2%. Dalam hari sama, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) membayangkan agar kerajaan meluluskan tuntutan kenaikan tambang bas sebanyak 30% yang dimohon mereka sebelum ini. Tidakkah kenaikan harga dua contoh di atas bakal mengundang kenaikan harga narangan dan membebankan rakyat bawahan?
Kasihanilah mereka yang mengundi anda dan jangan bersikap 'madu yang diberi, racun yang dibalas.'
Langgan:
Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
