Menanggung kesalahan orang lain. Itulah tanggapan saya apabila menerima memo ini. Sejak bantah usaha mengambil wang peruntukan khas untuk MBM/MBI bagi Projek Makroton 2013, saya telah mendapat dua Memo berunsur 'ugutan.'. Pertama, memo yang meminta saya habiskan wang MBM/MBI yang sebelumnya sering berbaki. Memo di atas baharu diterima. Kesalahannya ialah lewat menghantar borang tuntutan bulanan. Itu bukan kesalahan saya dan saya tidak menghantar lewat borang tuntutan. Yang lewat menghantarnya ialah Encik Mazania Kasimin. Beliau merupakan ahli jabatan. Mungkin, kerana beliau merupakan ahli jabatan, maka saya perlu juga bertanggungjawab. Kalau demikian, mengapakah dicatatkan nama saya secara peribadi. Bukankah yang sepatut dicatatkan ialah nama jawatan - Ketua Jabatan Pengajian Melayu (KJPM). Mencatatkan nama adalah bermaksud si penama berkenaan yang melakukan kesilapan. Jika dicatatkan nama jawatan akan bermaksud penjawatnya perlu memantau atau beri peringatan atau perhatian terhadap ahli jabatannya. Dengan mencatat nama saya secara peribadi, maka benarlah bahawa pencatatnya mempunyai elemen 'kedendaman' yang kuat, sebagaimana diwarwarkan oleh kakitangan di sini. Saya pasti, puncanya apabila saya menghalang penggunaan wang MBM/MBI untuk Projek Makroton. Sedangkan, penggunaan wang peruntukan khas itu telah dinasihatkan oleh Puan Siti Nafsiah hanya untuk kegunaan atau aktiviti pensyarah sahaja, bukannya untuk pelajar dan lebih-lebih lagi, pihak luar daripada pendidikan. Projek Makroton melibatkan makan minum pelajar dan orang luar (saksi), dan sangat tidak jelas penglibatan pensyarah memerlukan wang. Atau, melalui projek itu, dapat menambahkan ilmu dan kepakaran pensyarah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Atau, melalui projek itu, dapat memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sangat tidak jelas kepentingan MBM/MBI dan pensyarah MBM/MBI.
Jumaat, 1 November 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan