01 April 2015, bermulanya kuat-kuasa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%. Walaupun dibantah, GST tetap dilaksanakan.
Pada hari pertama pelaksanaan telah banyak ketidakpuasan hati kerana terdapat ketidaktepatan @ 'penipuan' pelaksanaan. Mungkin peniaga tidak memahami, atau mungkin juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
Mangsanya ialah pengguna. Misalnya, syarikat prabayar talian telefon (Telco) mengenakan caj berganda, iaitu SST (6%) dan GST (6%). Ada syarikat yang tidak berdaftar tetap mengenakan GST. Oleh sebab ia berlaku di seluruh negara Malaysia, maka saya menganggap 01 April sebagai 'Hari Tipu 1Malaysia.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan