Rabu, 14 Disember 2016

Keracunan Pembelajaran

Sistem pendidikan kita, baik peringkat rendah mahupun peringkat IPT terdedah kepada keracunan pembelajaran. Hal ini disebabkan perubahan yang kerap berlaku pada gaya pentadbiran, pengurusan penilaian dan peperiksaan, dan muatan dalam sukatan. Pelajar dan mahasiswa diberikan kuasa menilai pengajar dengan item penilaian yang mereka sendiri tidak memahami, atau tiada kaitan dengan pengajarnya. Perubahan adalah penting, namun perubahan yang kerap perlu dielakkan. Misalnya, perubahan daripada jenama proforma kepada Table 3 dan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) di IPG. Tahun 2014 lebih empat kali kandungan Table 3 berubah. Manakala, perubahan RMK dalam tahun 2016 sebanyak tiga kali (Januari, April dan November). Antara sebab kerap berlaku perubahan ialah permasalahan tidak dihadam dengan baik sebelum dilaksanakan, dan juruubah yang tidak pakar dalam bidang yang ditanganinya.

Khamis, 24 November 2016

Felda Rugi?

Maaf, memang sukar percaya. Telah bertahun-tahun diwar-warkan bahawa pelaburan Felda telah mencatat keuntungan besar, dan berjaya, tiba-tiba dikhabarkan telah rugi jutaan ringgit.

Bukankah pelaburan anak syarikatnya, FGV, dianggap berjaya, malah mengatasi graf kejayaan pelabur-pelabur lain.

Kalau betul rugi, maka benarlah perjuangan Anak membela para peneroka. Mahkamah patut membebaskan pemenjaraan Mazlan Aliman.

Khamis, 17 November 2016

Melatih Pakar


Apabila pensyarah IPG dilibatkan untuk melatih Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), timbul pertanyaann: Apakah tugas Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)? Semuanya mendapat peruntukan untuk memajukan sekolah. Peruntukan yang diberi kepada IPG terpaksa pula dikongsi melatih SISC+. Sejauh manakah pengetahuan semasa pensyarah tentang perkembangan/eviromen sekolah? Apakah pensyarah lebih pakar daripada SISC+? Sehingga kini, PPK agak 'kedekut' menyalurkan maklumat sebarang perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan di sekolah. Pada pandangan saya, tanpa pengetahuan lengkap dan jelas pensyarah tentang eviromen sekolah akan 'melukakan' situasi yang sedia ada. Ibarat 'itik mengajar buaya berenang.' Maaf, sekadar pandangan peribadi.

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...