Rabu, 19 Februari 2014
Isnin, 27 Januari 2014
OTAS
Minggu ke-4 Januari 2014, merupakan hari-hari terakhir saya di IPG Kampus Tawau, sebelum bertugas ditempat baharu pada Februari nanti. Sedaya-upaya saya cuba menyelesaikan fail-fail dan pengurusan jabatan yang tertunggak. Masalah yang dihadapi sekarang ialah mendapatkan syarikat penghantaran barang. Oleh sebab peruntukan belum sampai, maka urusan tempah syarikat juga tergendala. Tidak mampu pula saya hendak membayar sendiri kos pengangkutan. Rupa-rupanya kerajaan dermawan kepada bukan kakitangan begitu sukar menyalurkan peruntukan ke organisasi kakitangan. Saya telah letak jawatan sebagai Ketua Jabatan. Oh, barulah kita tahu siapa kawan. Sejak mendapat berita dapat berpindah, dua orang ahli jabatan (OTAS - Orang Tawau Asal Sulawesi / Orang Tawau Asal Selangor) tunjuk muka masam. Langsung tak tegur. Mesyuarat awal tahun dan terakhir saya kendalikan, pun tidak dia masuk. Padahal ada di sebelah dinding dan tahu ada mesyuarat pada tarikh dan masa tersebut. Saya buat tak tahu sahaja, maklumlah dua orang OTAS inipun garang, suka meroyan tak tentu pasal. Walaupun tak tegur, laporan prestasi OTAS berdua tetap tinggi, melepasi markah sebelumnya. Sebagaimana saya tidak mahu orang tabur pasir dalam periuk nasi saya, demikianlah saya tidak akan tabur pasir dalam periuk nasi anda. Semoga OTAS dan semua yang lain sukses sentiasa. aamiin.
Selasa, 24 Disember 2013
Rabu, 20 November 2013
Usia Kereta
Satu fenomena yang melanda masyarakat Malaysia, malah masyarakat dunia, khususnya kaum wanita, ialah ingin sentiasa kelihatan muda dan cantik. Justeru, pakar-pakar kecantikan telah menyahut impian itu dengan memperkenalkan pelbagai produk kecantikan, kelangsingan dan kemudaan. Industri kosmetik menduduki tempat kedua dalam minat masyarakat selepas industri teknologi komunikasi.
Barangkali seiring dengan impian tersebut, Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui proksinya, MIROS, telah mewarwarkan bahawa salah satu faktor kemalangan ialah kerana kereta tua masih beraksi di atas jalan raya. Sehubungan dengan itu, kementerian pengangkutan telah mewarwarkan usia kenderaan di atas jalan raya agar turut juga kelihat muda dan jelita, iaitu tidak melebihi 12 tahun.
Sabtu, 9 November 2013
Selasa, 5 November 2013
Bunga Beracun
Bunga menjadi lambang kecantikan. Halaman rumah yang ditanami dengan bunga akan kelihatan cantik dan menarik. Bunga juga dilambangkan kepada gadis atau wanita. Rumah yang mempunyai anak gadis atau wanita belum bersuami atau janda akan kelihat kemas dan menarik. Namun begitu, tidak semua halaman atau rumah yang mempunyai bunga akan kelihatan cantik, kemas dan menarik. Kenyataan ini adalah berdasarkan imej bunga dalam jabatanku. Kami ada dua kuntum bunga. Satu bunga Dartu, dan satu lagi bunga Gentu. Namun, kedua-duanya membawa imej yang sama.Jumaat, 1 November 2013
Memo 2
Menanggung kesalahan orang lain. Itulah tanggapan saya apabila menerima memo ini. Sejak bantah usaha mengambil wang peruntukan khas untuk MBM/MBI bagi Projek Makroton 2013, saya telah mendapat dua Memo berunsur 'ugutan.'. Pertama, memo yang meminta saya habiskan wang MBM/MBI yang sebelumnya sering berbaki. Memo di atas baharu diterima. Kesalahannya ialah lewat menghantar borang tuntutan bulanan. Itu bukan kesalahan saya dan saya tidak menghantar lewat borang tuntutan. Yang lewat menghantarnya ialah Encik Mazania Kasimin. Beliau merupakan ahli jabatan. Mungkin, kerana beliau merupakan ahli jabatan, maka saya perlu juga bertanggungjawab. Kalau demikian, mengapakah dicatatkan nama saya secara peribadi. Bukankah yang sepatut dicatatkan ialah nama jawatan - Ketua Jabatan Pengajian Melayu (KJPM). Mencatatkan nama adalah bermaksud si penama berkenaan yang melakukan kesilapan. Jika dicatatkan nama jawatan akan bermaksud penjawatnya perlu memantau atau beri peringatan atau perhatian terhadap ahli jabatannya. Dengan mencatat nama saya secara peribadi, maka benarlah bahawa pencatatnya mempunyai elemen 'kedendaman' yang kuat, sebagaimana diwarwarkan oleh kakitangan di sini. Saya pasti, puncanya apabila saya menghalang penggunaan wang MBM/MBI untuk Projek Makroton. Sedangkan, penggunaan wang peruntukan khas itu telah dinasihatkan oleh Puan Siti Nafsiah hanya untuk kegunaan atau aktiviti pensyarah sahaja, bukannya untuk pelajar dan lebih-lebih lagi, pihak luar daripada pendidikan. Projek Makroton melibatkan makan minum pelajar dan orang luar (saksi), dan sangat tidak jelas penglibatan pensyarah memerlukan wang. Atau, melalui projek itu, dapat menambahkan ilmu dan kepakaran pensyarah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Atau, melalui projek itu, dapat memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sangat tidak jelas kepentingan MBM/MBI dan pensyarah MBM/MBI.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...
-
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...







