Khamis, 21 Ogos 2014

Ayah
























Ayahku, Ibrahim Bin Mamat, lahir di Kuala Kerai, Kelantan. Seorang yang sangat berminat dan cekap menggunakan senjata. Pada zaman muda, dia merupakan orang suruhan kepada kumpulan debeber. Semasa bekerja dan tinggal di Barat (Selantan Siam), dia pernah ditembak curi ketika di atas lori. Terjun dan terus menembak balas ke arah rumah penembak curi. Namun, penembaknya sempat melarikan diri. Di kampung, beliau telah menjadi anggota rela, tanpa bayaran, sehingga berumur 60. Beliau juga merupakan mandur pertama Mini Estet Getah Kampung Tok Kah (1981 - 2004). Seorang yang berani, sangat amanah dan sanggup bekerja tanpa mengira masa, walaupun upahnya tidak sepadan.

Rabu, 20 Ogos 2014

Mayat Batu


Suatu masa dahulu, Julai 1984, para penduduk di Paka, Dungun, gempar dengan penemuan mayat batu, yang ditemui oleh pekerja kontrak ketika menggorek tanah untuk projek pembinaan. Namun, pihak berkuasa menafikan mayat batu itu berasal daripada manusia. 

Selasa, 19 Ogos 2014

Pendekar

Hajat hati nak jadi pendekar, tetapi gagal. Hanya dapat menghasilkan sajak berjudul 'Pendekar' dan memenangi Hadiah Utama Utusan-Publik Bank tahun 1989.

Kenangan Hari Sastera

Kenangan rombongan PPK dengan Dr. Kasim Ahmad pada Hari Sastera di Pulau Pinang.

Marzuki Ali

Kenangan bersama-sama penyair Terengganu, Sdr Marzuki Ali, di rumahnya, di Pasir Panjang (Bukit Besar) Kuala Terengganu, sekitar tahun 1986. Saya sering bertandang ke sini, membaca buku-buku kesusasteraan koleksi beliau, khususnya buku-buku terbitan Indonesia. 

Sekali-sekala saya mengikuti pelbagai program grup, dan latihan Grup Teater Asyik di Gelanggang Budaya. 

Saya ada mencipta sebuah sajak, khas berkenaan Saudara Marzuki Ali, berjudul 'Lelaki Terengganu.' Sajak itu telah dimuatkan dalam kumpulan sajak Gelodak Rasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2014. Banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang bersama Grup Teater Asyik.

Kenangan di IPSI

Kenangan di IPSI 1987 - 1989
Taman Rama-Rama di Pulau Pinang (1988)




Sabtu, 16 Ogos 2014

Makan Orang


Menurut blog news.everydaypak.com, pengiklanan dan penjualan daging manusia banyak dipasarkan di sekitar negara China dan Taiwan. Misalnya di Tiongkok. Bahagian-bahagian badan manusia digantung secara bergerak untuk dipilih oleh pembeli. Daging yang mendapat permintaan tinggi ialah daging perempuan dan kanak-kanak perempuan kerana dagingnya lebih pejal dan cantik, terutama di bahagian otot dada. Demikian juga janin. Lazimnya, daging manusia digoreng atau dimasak sup. Soalnya, dari manakah bekalan ini diperoleh? Apakah diculik atau mangsa tragedi/bencana? Apapun, kewujudan industri 'makan orang' ini menandakan tipisnya keselamatan manusia, terutama kaum perempuan dan kanak-kanak.

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...