Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul, dengan cara berarak dan memuji-muji akan dia, nabi terakhir kita. Sedikit ceramah disampaikan buat santapan minda umatnya. Namun, puji-pujian dan ceramah yang disampaikan itu, yang itu-itu juga, sebagaimana puji-pujian dan ceramah pada tahun-tahun sudah. Kita diberitahu, Baginda seorang peniaga berjaya, namun kita tidak diberitahu akan cara Baginda berniaga hingga berjaya. Kita diberitahu Baginda seorang pemimpin agong, namun kita tidak diberitahu akan cara Baginda menyusun karbinetnya, kriteria yang digunakan atau cara menyelesaikan masalah yang timbul. Kita diberitahu bahawa Baginda seorang pendidik yang terbaik, namun tidak pula kita belajar atau diajar Teori Pendidikan Rasulullah. Terasa ada sesuatu masih tersembunyi. Alangkah baiknya jika difokuskan satu pemasalahan sedalam-dalamnya pada setiap kali Maulidur Rasul, agar dapat kita mengetahui sebanyak-banyaknya akan diri Baginda, dan menteladaninya. Pesan ustaz, hendaklah kita mengetahui akan diri Baginda melebihi kita mengetahui diri orang lain. Ya, sebaik-baiknya. Kita patut belajar dan diajar tentang pemikiran Rasulullah, bukannya pemikiran musuh-musuhnya.
Khamis, 24 Januari 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan