Isnin, 10 Jun 2013

Reformasi SPR

Pada saya, imej SPR sudah lama buruk di fikiran rakyat. Ia lahir kerana tingkah-laku ahli-ahli besar SPR sendiri. Mungkin juga tingkah-laku itu berkaitan dasar SPR. Kalau betul, maka dasar SPR perlu, sama ada direformasikan atau tranformasi. 
 
Walau bagaimanapun, pada saya, walau dasar diubah, keahlian anggotanya tetap perlu diperbaharui. Maka, antara reformasi atau tranformasi ialah menukarkan keahlian utama SPR. Jika ahli yang tidak dipercayai rakyat masih memegang jawatan dan menjadi pemain SPR, maka reformasi atau tranformasi itu adalah sia-sia. Cerita lama akan tetap berulang, sebagaimana cerita dalam PRU12 telah berulang dalam PRU13. Ketidakpercayaan rakyat terhadap SPR semakin parah.
 
Amat penting kepercayaan rakyat terhadap SPR dipulihkan segera. Jika lambat dipulihkan, adalah tidak mustahil akan berlaku 'Arab Spring' di Malaysia. 
 
Dalam sejarah negara, kemuliaan dan kedaulatan lahir setelah berlaku penentangan dan penderhakaan. Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh setelah merebaknya penderhakaan rakyat terhadap pemerintah. Hanya Negara Brunei Darussalam yang mendapat kemerdekaan bukan sepenuhnya melalui penderhakaan. Negara-Negara lain di asia memperoleh kemerdekaan melalui penderhakaan. Maka tidak mustahil, kedegilan orang-orang kuat SPR untuk letak jawatan akan membangkitkan 'penderhakaan' dari kalangan rakyat.
 
Kita tidak mahu berlaku kekacauan seperti Arab Spring di Malaysia.
 
Usah kerajaan Pakatan Rakyat, malahan kerajaan Barisan Nasional sendiri mengakui wujudnya ketidaktelusan dalam pemerintahan SPR dalam PRU13. Hal ini terbukti apabila PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
 
Janganlah kegagalan SPR dalam memerintah PRU13 menjalar dan membelit keharmonian hidup masyarakat Malaysia, hingga wujudnya Malaysia Spring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...