
Kali kedua dating ke SESB dalam minggu pertama puasa. Bertolak dari Balung pada jam 1.45 petang. Ketika saya sampai, ada seorang lelaki berkopiah sedang berurusan di Kuanter 3. Saya mengambil nombor dan menunggu. Setelah sekian lama menunggu, nombor saya masih belum dipanggil dan urusan lelaki berkopiah belum selesai. Hanya saya seorang pelanggan yang masih ada. Seorang pegawai (yang mengesyaki saya ada urusan di Kaunter 3) datang memberitahu mungkin urusan saya tidak dapat diselesaikan pada hari berkenaan disebabkan kaunter SESB tutup awal kerana bulan puasa. Ya, sekali lagi saya gagal menguruskan pemotongan akaun di SESB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan