Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti. Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).Rabu, 25 September 2013
Kampung Inderasabah
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti. Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKampung tidung ini,orang asal Tawau.
BalasPadamKampung tidung ini,orang asal Tawau.
BalasPadamFakta yang tidak benar...
BalasPadamMana nama yang betul, Inderasabah atau Indersabah?
BalasPadamFakta yang kurang tepat, sekurang-kurangnya tuan berjumpa dengan beberapa orang penduduk kampung, terutamanya orang asal sana dari semua etnik.
BalasPadam