Menonton peristiwa bersejarah ini dalam Berita Utama TV3, hati saya bertanya: Apa sudah jadi dengan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak?, Apa sudah jadi dengan pegawai-pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri? Apa sudah jadi dengan pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia?, Dan yang paling penting, apa sudah jadi dengan Dasar Bahasa Kebangsaan? Ke manakah bahasa Melayu hendak dibawa dalam abad ke-21 ini? Apakah bahasa Melayu masih relevan sebagai bahasa ilmu? Sukar hendak saya menjawabnya kerana jawapan seakan tidak sealiran dengan aspirasi politikus dan, terutamanya, minda pegawai-pegawai di Kementerian Pejaran Malaysia. Kalau Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dianggap 'memotong' lidah generasi baharu Malaysia, dalam kes gambar di atas, nampaknya Datuk Seri Mohd Najib (kerana kecuaian minda menteri dan pegawai di kementerian pelajaran) dianggap terus mengebumikan bahasa Melayu! Tentulah peristiwa ini amat menyedihkan. Namun, siapakah dapat membetulkannya? Sebarang pemikiran yang tidak sealiran akan dianggap penentang/penderhaka. Penderhaka akan diburu oleh polis. Siapakah yang mahu dirinya diburu dan dianggap penderhaka? Sedangkan, Tan Seri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh (sebagai Menteri Pelajaran) tidak mampu menegur MCA atau memasukkan bahasa Melayu di batu tanda perasmian Universiti Xiamen kampus Malaysia. Tiada guna ahli bahasa dan pendidik berjuang menegakkan bahasa Melayu, sedangkan cinta ini tidak ada dalam minda politikus Melayu sendiri. Termasuk kumpulan yang memperkenal dan menjerit-jerit mahu Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Mungkinkah, abad ke-21 ini akan merakamkan bahasa Melayu sebagai bahasa gelandangan di tanah airnya sendiri? Selamat dirgahayu bahasaku!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan