Masa bersekolah dahulu, setiap tahun aku isi Borang Biasiswa Persekutuan.
Setiap tahun Tok Ketua Kampung menurunkan tandatangannya. Setiap tahun aku menaruh harapan. Dan, setiap tahun pula aku tak pernah dapat biasiswa itu.
Tapi aku bangga
kerana (setidak-tidaknya) aku dapat borang, dapat mengisi borang dan dapat menaruh harapan.
Tentunya, pada masa itu aku tidak terfikir akan janji palsu, atau berita palsu, atau harapan palsu kerana kami rasa bangga setiap kali mendengar kata-kata Tok Ketua Kampung, atau Tok Ketua UMNO (atau wakilnya) dari daerah kami, apalagi kampung kami bergelar 'Kampung anak emas Umno.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan