Malaysiakini, 13 Januari 2012 melalui wartawan Jimadie Shah Othman melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mengaku menghalang cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal dalam PRU 12 pada tahun 2008. Alasan beliau kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi. Laporan pihak polis pula mengatakan pembatalan itu disebabkan ada pihak mengimport dakwat kekal dan bimbang disalahgunakan dalam PRU 12. Seingat aku tidak pernah membaca ada warga berumur 21 tahun membantah cadangan SPR itu. Pada fikiran aku, pembatalan penggunaan dakwat kekal itu merupakan antara sebab BN kalah teruk dalam PRU 12, memburukkan imej SPR dan pengerusinya (ketika itu) Datuk Abdul Rashid. Ini bererti Nazri merupakan antara menyumbang kekalahan BN. Barangkali pihak polis pula terpaksa mengada-adakan cerita kerana sehingga hari ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak mengimport dakwat kekal.
Ahad, 15 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
AKAL BUDI MELAYU
Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Selamat berbahagia melayari alam rumah tangga kepada Encik Roslan Madun dan Puan Aminah Mohktar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan