Aku mengenali nama Sasterawan Negara A. Samad Said setelah aku mengenali dan mengauli dunia sastera. Sejak itu, apabila ditanya tentang pengarang dan karya diminati, beliaulah antaranya. Namanya diangkat oleh A. Teauw melalui novel Salina. Setelah membaca karya-karya beliau, aku berpendapat beliau merupakan pejuang kemanusiaan. Beliau berjuang memperlihatkan masyarakat mangsa perang dan idealisme bangsanya. Hal ini jelas kelihatan dalam novel Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi dan sebagainya. Kini, beliau memasuki fasal kedua, iaitu berjuang membebaskan keunggulan bangsa daripada kekejaman bangsanya sendiri. Sajaknya, Peludah Warna, merupakan bukti akan kesasauan pemerintah terhadap bangsa dan kebangsaannya, dan terhadap negara dan kenegaraannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan