Di sini, kami diberikan satu ruangan 'workstation' (patisyen) sekitar sedepa lebar dan sedepa panjang (kaji gambar), dan beberapa barang berikut:
- 1 batang Artline 70 high performance (biru)
- 1 batang Artline 70 high performance (merah)
- 1 buah almari besi
- 1 buah kipas meja (kipas ini sudah hilang, semalam, mungkin tuan asalnya ambil)
- 1 kotak klip kertas
- 1 batang gam Uhu stic
- 1 buah stapler max HD-10
- 1 kotak damai kokok no. 10
- 1 bakul sampah
- 1 gelung saletap
- 1 pisau NT Cutter
- 1 fail kulit keras bersaiz 50mm
Tidak tahu rasional barang 1 dan 2 kerana lazimnya aku menggunakan 'whiteboard marker' untuk menulis. Kertas dokumen makin banyak diterima, namun tiada fail untuk menyimpannya. Aku diberikan beberapa jawatan, namun belum ada lagi serahan tugas oleh Jawatankuasa lama. Aku juga diberikan subjek mengajar (BMM BM berbantu komputer) 3 jam seminggu. Subjek ini tidak mampu diajar oleh pensyarah BM (termasuk aku) kerana kurang pengetahuan menggunakan komputer. Aku menerima juga kerana tiada pensyarah sanggup menerima. Semua ini jauh berbeza di dua tempat lama aku mengajar yang 'mewah' dengan peralatan, kemudahan dan bekerja berasaskan kepakaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan