Angan-Angan Mat Jenin merupakan sebuah cerita rakyat dari alam Melayu. Sangat baik untuk diteladani. Namun, masyarakat Melayu moden menganggap cerita Angan-Angan Mat Jenin sebagai cerita kebodohan watak dan memalukan bangsa. Saya berpendapat sebaliknya. Cerita Angan-Angan Mat Jenin merupakan sebuah cerita yang tinggi nilai moralnya. Inilah cerita tentang panduan kejayaan perniagaan. Untuk berjaya dalam industri ini harus dimulai dari bawah - memetik kelapa. Keuntungannya dijadikan modal untuk membesarkan perniagaan, secara berperingkat. Jika telah berjaya melaksanakan perniagaan besar (dimetaforakan sebagai mengahwini puteri raja), janganlah kita lupa daratan. Bertindak tanpa strategi dan berpegang pada bukan asas yang kukuh. Resikonya amat membinasakan. Hal inilah telah saya cerita sepintas di celah-celah kuliah kepada 27 orang pelajar PGSR (guru). Dan tadi, salah seorang (hari terakhir sebagai pelajar PGSR) datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa mindanya terjentik dengan cerita ringkas itu. Dia menceritakan pula kepada isteri dan keluarganya. Tentunya saya berasa seronok kerana telah berjaya memerdekakan minda yang terpenjara dalam epistemologi penjajah. Malangnya, sistem pendidikan tempat pelajar PGSR (guru) itu belajar masih terpenjara!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan