Bustan al-Salatin karya Nuruddin al-Raniri yang diselenggarakan oleh Siti Hawa Haji Salleh merupakan catatan ringkas tentang raja-raja yang memerintah Aceh Dar al-Salam. Kecuali Sultan Iskandar Thani dan Sultan Tajul Alam yang diceritakan lebih detail, tidak tergambar akan hal ehwal raja dan sistem pemerintahan raja-raja lain sebagaimana penceritaan terhadap raja Iskandar Thani. Justeru, terasa seakan-akan catatan ini dilaksanakan secara terpaksa atau dengan pengetahuan atau kuasa yang amat sedikit. Hal ini mungkin disebabkan Nuruddin al-Raniri bukan anak Melayu jati atau anak nusantara jati, dan kehidupannya terhad dalam kalangan golongan bangsawan sahaja, menyebabkan beliau tidak banyak mengetahui tentang jiwa Melayu itu sendiri. Saya juga berpendapat bahawa Nuruddin al-Raniri bukan seorang tukang cerita yang baik sebagaimana Tun Seri Lanang atau Raja Ali Haji. Dan, beliau juga seorang yang bersikap serius atau tegas. Hal ini kerana, pada penikmatan saya terhadap Bustan al-Salatin, terasa bahawa beliau sekadar melaporkan saja cerita tentang raja-raja Aceh Dar al-Salam yang didengari dari kaca mata orang ketiga.
Khamis, 13 Disember 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan