ANEKDOT 10 POLITIK ANEH DAN PUISI ALADIN
Oleh Nassury Ibrahim
Hal ini berbeza dengan genre prosa seperti rencana atau anekdot. Lebih jauh bezanya dengan genre berita. Berita memerlukan fakta yang benar dan disampaikan secara benar, tetapi puisi tidak, walaupun mesejnya diambil daripada fakta yang benar. Prosa memerlukan sumber sebagai punca kuasa, tetapi puisi tidak perlu dinyatakan walaupun diambil daripada sumber punca kuasa yang benar.
Puisi dibuai oleh perasaan dan dimatangkan oleh fikiran. Prosa dibuai dan dimatangkan oleh fikiran.
Bacalah puisi Jika Kebakaran Telah Terjadi karya Aladin Mohamad (Mingguan Malaysia, 30 Disember 2018) dan anekdot Merrepek bertajuk ‘10 hal politik aneh pada 2018’ tulisan Johardy Ibrahim. Anda akan menemui teka-teki dalam puisi dan kenyataan dalam prosa.
Johardy membariskan 10 politik aneh yang berlaku sepanjang tahun 2018. 10 politik aneh itu bersifat manis dalam masam, senyum dalam geram. Dari awal lagi Johardy menegaskan, “… kenapa ia berlaku dan dibiarkan berlaku.” Kata-kata Johardy itu menunjukkan mesej yang ingin disampaikannya berada dalam teka-teki faham dengan tidak faham, benar dengan tidak benar dalam puisi.
Dalam peribahasa, mesej Johardy itu ibarat ‘api dalam sekam.’
Bagi memudahkan pemahaman, saya kemukakan 10 politik aneh tersebut. Pertama, selepas tewaskan BN, sekarang PH berantakan. Kedua, BN kaput, semua komponen bertempiaran. Ketiga, lompat parti. Keempat, pendakwaan tanpa kertas pertuduhan lengkap. Kelima, presiden Umno dibuli. Keenam, berapa sebenarnya hutang negara? Ketujuh, menteri lupa mereka menteri. Lapan, menteri agama bermadah seloka. sembilan, menteri desak menteri sesame cabinet letak jawatan. Dan sepuluh, bos Utusan paling sekejap.
Kunci bagi membuka mesej puisi Aladin berada dalam frasa “ api dalam sekam.” Dari segi realiti kita tidak dapat melihat api tetapi tidak bermakna tiada api. Bara api berada di dalam timbunan sekam yang kelihatan sempurna. Tidak siapa menyangka api sedang membara di dalamnya. Maka, sekam itu dianggap selamat dan tidak ada sesiapapun yang menganggapnya bahaya.
Api dalam sekam itu ialah 10 politik aneh.
Secara tidak sengaja, puisi Aladin cuba mengingatkan bahaya api dalam 10 politik aneh Johardy dan Johardy pula cuba memberitahu 10 timbunan sekam yang sedang membara api di dalamnya.
Setelah 60 tahun pembangkang berusaha mengalahkan BN. Dengan bantuan semua lapisan rakyat (termasuk ahli BN) maka PH berjaya menewaskan BN. Kerajaan PH dianggap kuat dan bersatu. Maka, rakyat menaruh harapan besar terhadap agar ‘penderitaannya’ berakhir. Malangnya, PH berantakan dalam organisasinya. Perpaduan pemimpin parti dalam PH longgar. Kolaboratif pemimpin dan menteri dalam pentadbiran PH juga longgar. Malah, pendakwaan terhadap ‘musuh’ negara (PH) juga longgar. Mereka dianggap terlupa dengan tanggungjawab dan terlupa dengan keterbalikan fungsi mereka sebagai ahli politik.
Semua itu diperhatikan oleh rakyat. Semuanya itu menjadi api dalam sekam. Pentadbiran PH menjadi sekam. Rakyat menjadi api. Bernasib baik apabila sesetengah rakyat menyuarakan ketidakpuasan dan kebimbangannya dalam facebook. Namun lebih ramai rakyat yang memendamkan ketidakpuasan mereka.
Ketidakpuasan rakyat terhadap YB P. Waytha Moorthy dan rusuhan di Kuil Maha Marianmman, Subang Jaya, merupakan api dalam sekam kepada kerajaan PH.
Aladin menegaskan bahawa pemendaman rasa ketidakpuasan rakyat terhadap pemimpin berbahaya ‘jika ada angin sekitar menghidupkannya.’ Siapakah angin sekitar? Dalam kes ini, tentunya BN atau PAS atau Parti Gabungan Sarawak.
Maka menjadi tanggungjawab PH untuk ‘memelihara keharmonian dan perpaduan’ dalam kalangan rakyat. Kerajaan PH perlu memenuhi sedaya-upaya kepuasan rakyat, terutama dari kalangan peribumi agar api dalam sekam terpadam. Lebih penting lagi, kepemimpinan PH perlu mengatasi keberantakan dalaman parti dan antara partinya.
Jika tidak, Aladin mengingatkan, “kekesalan tak berguna lagi// jika kebakaran telah terjadi.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan