Dulu harga maruah diri rakyat bernilai janji-janji manis, sehelai kain atau sekilo gula. Paling mahal harga maruah rakyat Terang Ganu. Harga orang miskin terpilih dan harga ibu tunggal terpilih ialah bernilai RM300. Demikian harga maruah diri ahli dan keluarga ahli JKKK. Tetapi kini, harga maruah diri keseluruhan orang dewasa sudah naik kepada RM500 sekeluarga. Harga maruah diri pelajar / mahasiswa pula RM200, dan yang lebih menarik, budak-budak sekolah pun sudah ada harga maruah diri bernilai RM100. Alhamdulillah, setidak-tidaknya itulah tanda kemajuan yang sangat luar biasa. Walau bagaimanapun, harga mereka itu tidak setanding nilai anggota para polisi dan Felda yang hampir setiap bulan memperoleh durian runtuh. Malah, orang yang sudah lupa tarikh pencen pun mendapat durian runtuh juga. Alangkah sayangnya kerajaan kepada mereka. Dan, alangkah baiknya kalau sayangnya itu pada setiap tahun.
Khamis, 5 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan