Sewaktu masih miskin (selepas merdeka), negara mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat yang belajar di universiti. Mereka dibekalkan dengan biasiswa. Mereka tidak menanggung hutang setelah tamat belajar. Ramai yang mendapat manfaat pendidikan percuma tersebut. Tentulah antaranya ialah mereka yang mencadangkan pengkorporatan universiti dan memperkenalkan PTPTN. Aneh, apabila negara mencapai kemajuan, dan mereka yang mendapat pendidikan percuma di universitiu menguar-uarkan bahawa negara akan kerugian besar dan pembangunan tidak dapat dilaksanakan jika PTPTN dimansuhkan. Dalam masa sama, dapat pula melupuskan hutang pihak tertentu bernilai jutaan ringgit. Dan, dapat mensedekahkan sejumlah wang kepada isi rumah dan orang yang bertahun-tahun telah pencen. Pihak tertentu memberi alasan, jika PTPTN dilupuskan, akan rugi kolej swasta. Saya tertanya sendirian: Mengapakah dia begitu perihatin terhadap nasib kolej swasta, tidak terhadap nasib rakyat atau generasi muda? Apakah dia mengiktiraf semua diploma/ijazah dari kolej swasta? Saya fikir ada sesuatu tersembunyi di sebalik karung PTPTN. Apakah sesuatu itu?
Selasa, 17 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan