Menurut Menteri Kemajuan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, seorang daripada 19 orang wanita Malaysia menghadapi kanser payudara. Apakah sebabnya? Menurut isteri, Noraini binti Hasan, punca utama penyakit payudara (dan penyakit-penyakit lain juga) berkait rapat dengan pemakanan. Katanya, dalam setiap makanan terdapat campuran ramuan MSG yang berfungsi untuk menyedapkan makanan. MSG yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit moden. Jika anda pernah makan tomyam atau sup masakan rakyat Patani, dan berasa dahaga selepas memakannya, kemungkinan tomyam atau sup itu dimasukkan banyak MSG. Tadi, semasa bersarapan dengan Chai Chin Pheng, Wan Mardziyah Wan Hasbullah dan Idrus Saaidy Maarof, aku diberitahu bahawa salah satu ramuan bagi merangup pisang goreng atau bawang goreng ialah menggorengnya bersama-sama straw atau plastik. Semua ini punca kepada penyakit kanser. Aku termenung mendengar kata-kata mereka. Diam-diam hatiku berinterior monolog, 'kalau begitu, lelaki juga terdedah kepada penyakit kanser payudara.
Selasa, 3 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan