Merdeka bukan memandu Saga atau Wira atau Waja atau Perve atau Suprima S, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan menunggang Modenas, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan diam di rumah dan mengangguk-angguk setiap tutur kata politikus, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Perikatan/Barisan Nasional, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mengibar jalur gemilang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan sambutan ulang tahun dan pesta-pesta nyanyian, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan membantah setiap demonstrasi pembangkang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan TV3 atau akhbar Utusan Malaysia, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Tunku, bukan Razak, bukan Mahathir, bukan Pak Lah dan Najib, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mencintai Agong atau raja, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan 'yes man, no man', ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Melaka, bukan Baling atau Lahad Datu, ia lebih daripada itu. Di manapun engkau berada, merdeka adalah keselamatan dan kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara nan satu.Sabtu, 31 Ogos 2013
Merdeka 56
Merdeka bukan memandu Saga atau Wira atau Waja atau Perve atau Suprima S, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan menunggang Modenas, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan diam di rumah dan mengangguk-angguk setiap tutur kata politikus, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Perikatan/Barisan Nasional, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mengibar jalur gemilang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan sambutan ulang tahun dan pesta-pesta nyanyian, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan membantah setiap demonstrasi pembangkang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan TV3 atau akhbar Utusan Malaysia, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Tunku, bukan Razak, bukan Mahathir, bukan Pak Lah dan Najib, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mencintai Agong atau raja, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan 'yes man, no man', ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Melaka, bukan Baling atau Lahad Datu, ia lebih daripada itu. Di manapun engkau berada, merdeka adalah keselamatan dan kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara nan satu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan