Saya tidak mendapat BR1M. Tidak layak mendapat BR1M. Gaji saya melebihi RM3,000. Namun, saya merupakan golongan pertengahan yang miskin. Hal ini kerana banyak saluran terpaksa saya belanjakan wang RM3,000 lebih itu. Antaranya ialah membeli tiket kapal terbang untuk pergi berkursus. Memang berkursus itu kerja rasmi dan ditanggung majikan. Namun, menurut pengarah, tabung kewangan kami sangat kritikal. Sudah masuk ICU. Terpaksalah kami beli tiket dengan duit sendiri. Tidak mengapa sebab boleh tuntut kembali. Cuma tidak dijamin tuntutan itu akan dapat bila. Berkemungkinan juga tidak akan dapat. Ya, bergembiralah mereka yang mendapat BR1M. Apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa nilai BR1M akan naik pada tahun hadapan, saya hanya mampu mendengar sahaja. Tidak mampu bergembira dan tidak menggembirakan. Kerana, dengan wang sebanyak itu, saya perlu membayar yuran pengajian dan penginapan anak di universiti, anak di asrama dan anak tidak di asrama. Malah, dengan wang sebanyak itu juga, saya perlu langsai cukai pendapatan secara beransur-ansur. Kata isteri, "Untung jadi orang miskin kerana sentiasa dapat bantuan; orang sederhana sentiasa gigit tangan." "His, awak ni!" kata saya.
Selasa, 27 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...

-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan