Semua orang akan mati. Semua orang akan dihidupkan kembali. Baik orang itu beragama Buddha, beragama Hindu, beragama Kristian dan lebih-lebih lagi orang yang beragama Islam. Mereka percaya bahawa ada kehidupan selepas mati. Namun, kehidupan itu berbeza. Hidup di dunia berbeza dengan hidup di akhirat atau selepas mati. Hidup antara seseorang dengan seseorang yang lain di akhirat juga berbeza, sebagaimana berbeza hidup manusia-manusia ketika di dunia. Ada yang hidup berbahagia. Ada yang hidup menderita. Semuanya bergantung pada ibadah dan amalan jariahnya. Baik amalan di dunia akan baiklah hidupnya di akhirat. Dan, sebaliknya. Berkata Ustaz Azizan Abdul Razak, apabila manusia mengejar akhirat, dia akan mendapat dunia. Namun, apabila manusia mengejar dunia, belum tentu dia akan mendapat akhirat. Walaupun ada pertalian 'waris' antara dunia dan akhirat, namun pertalian 'waris' yang diterima baik adalah berdasarkan kiraan ibadah dan amalan jariahnya. Jawatan besar di dunia belum menjamin kebahagiaan hidup di akhirat. Semuanya bergantung pada ibadah dan amalan jariahnya. Justeru, beliau menyarankan agar guru-guru (dan sesiapa sahaja) mencontohi kegigihan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mengajar ilmu kepada masyarakat biarpun setelah menjadi menteri besar dan menghadapi pelbagai cabaran termasuk dianggap sebagai 'bapa kafir' oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor. Guru-guru (dan juga pendakwah) perlu juga ingat dan jangan tenggelam dalam mitos bahawa pekerjaan sebagai guru itu mulia. Selain paling mulia, saya menerima juga hakikat bahawa pekerjaan sebagai guru boleh bertukar menjadi pekerjaan paling hina. Mulia dan terus berkembang amalan jariahnya jika guru itu mengajar kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islamnya. Hina dan berkembang amalan kehinaannya jika guru itu mengajar atau menyebar kepalsuan. Bayangkan, antara 20 orang pelajar yang menerima kepalsuan daripada Guru A, salah seorang telah menjadi guru (Guru B) dan menyebarkan (tanpa sedar) kepalsuan Guru A kepada 20 orang muridnya pula. Dan, salah seorang misalnya, daripada murid Guru B menjadi guru dan menyebarkan (tanpa sedar) kepalsuan Guru A yang disampaikan oleh Guru B kepada 20 orang muridnya pula. Dan, begitulah seterusnya, akan berkembang kemuliaan dan kehinaan guru. Tentulah amalan kemuliaan dan kehinaan itu akan mempengaruhi hidupnya di akhirat.
Sabtu, 26 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan