Khamis, 3 Mei 2012

Rezeki

Hari ini, 3 Mei 2012, merupakan perhimpunan bulanan staf kali ketiga. Aku terkesan beberapa maklumat. Dr Jeffriden Pilus menyampaikan tazkirah bertajuk "Rezeki Barakah." Katanya, tanda-tanda barakah ialah  sedikit mencukupi, banyak memberi. Beliau juga menganalogikan manusia seperti empat jenis cawan. Cawan pertama tidak dapat menakung air. Cawan kedua melimpahkan air. Cawan ketiga mengotori air dengan nila setitik di dalamnya, dan cawan keempat dapat menakung air nan bersih. Tuan Pengarah pula menasihati agar kami mengelakkan diri daripada unsur-unsur antikerajaan dan gejala negatif yang memusnahkan karier. Sebagai pegawai kerajaan hendaklah memberi ketaatan kepada kerajaan. Kita bebas guna facebook atau blog tetapi jangan mencemari imej seseorang, ketua atau rakan. Jangan sampai kita diheret oleh gejala yang remeh-temeh. Justeru, setiap pagi ketika melangkah ke pejabat hendaklah kita teropong niat di hati. Sebaiknya, selalulah teropong diri sendiri sebelum teropong orang lain. Katanya lagi, hak kita sebagai pekerja ialah gaji. Setiap bulan kerajaan beri gaji tanpa kurang sedikitpun. Bagaimana pula dengan hak kerajaan sebagai majikan? Hendaklah tidak terkurang kesetiaannya. Terkesan betul dengan kata-kata mereka berdua: Ya, Allah, Engkau jauhi daku daripada hamba-hamba-Mu yang sesat.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...