Khamis, 17 Mei 2012

Bengkel Sajak

Bertolak dari semangat sastera bagi mendedahkan cara menulis sajak dan saranan Allah agar menyebarkan ilmu yang ada walaupun sedikit, maka saya berusaha sendirian menganjurkan Bengkel Penulisan Puisi Moden (Sajak) kepada staf sokongan dan pensyarah IPG Kampus Tawau. Seramai 15 staf sokongan dan dua orang pensyarah secara sukarela datang mengikutinya. Saya menerangkan Teknik Perulangan dalam penulisan sajak. Di samping itu, turut meroyatkan cara menghantar sajak ke media dan syarat-syaratnya. Mereka teruja dan memang teruja kerana belum pernah mengikutinya sebelum ini. Hasilnya, sajak-sajak mereka yang telah dibincang dan diedit bersama-sama dalam bengkel berkenaan telah saya hantar ke Utusan Borneo, sebuah akhbar tempatan yang sangat perihatin terhadap dunia sastera. Terima kasih kepada SITTI NOOR FAZRINAH BINTI PIDDIN, WAN MARDZIYAH WAN HASBULLAH, MUHAMMAD AZLAN MAHMUD, SAHARUL JUNIT, SALMAH PASADDEI, JAMRI BIN ABDUL, YUSLY SALLEH. AMISAH BUSLANGUN, JAMIAH BERAHIM, MUHAMMAD NOR TALITTI, MOHD HANAFIAH BIN AHMAD, ZULIANAH BT HASSAN, JULIET NORSIRAT, JUSINAH TALIBAN, MOHD BIN BODOT, NOOR IZZAIDAH INJAO dan JOBI JOHN KIMBAU. Semoga kejayaan milik anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...