Tidak pasti, apakah senam tonggeng ada dalam tentera? Yang pasti, senam gaya tonggeng memang ada. Badan membongkok sehingga hujung jari menyentuh ibu kaki. Senaman yang sedemikan bentuknya itu bukan bertujuan menonggeng kepada seseorang. Senaman itu untuk memanaskan badan sahaja. Temtulah niat dan gaya senaman itu berbeza dengan niat dan gaya tari tonggeng oleh kumpulan penyanyi K-Pop dari Korea mahupun sekumpulan bekas tentera seperti dalam gambar di sebelah. Yang pasti, senam tonggeng untuk menonggeng kepada seseorang telah dipelopori oleh bekas tentera yang mengetuai Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Dato' (B) Mohd Ali Baharom. Kini dikenali sebagai Ali Tonggeng. Beliau dan beberapa orang bekas tentera yang bergabung dalam PVTM telah mempersembahkan Senam Tonggeng di hadapan kediaman pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga. Perbuatan ini diibaratkan, kerana nila setitik rosak susu sebelangga, kerana telah mencemarkan nama baik bekas tentera, baik bekas tentera dalam PVTM mahupun bekas tentera yang bergabung dalam Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) atau bekas tentera di luar persatuan. Kita menghormati tentera Malaysia kerana jasanya yang sangat besar kepada negara. Sebahagian keamanan negara datang daripada peluh tentera. Tanpa pengorbanan mereka, mungkin negara kita masih belum merdeka. Walau bagaimanapun, kita juga sedar bahawa sebilangan kecil musuh negara datang daripada bekas tentera. Mat Komando misalnya, menjadi penjenayah setelah bersara daripada tentera. Malah, geng al-Mauna yang menentang kerajaan adalah tentera yang masih berkhidmat. Perbuatan itu tentunya memburukkan imej negara dan imej tentera sendiri. Walaupun peratusnya kecil, sepatutnya tiada bekas tentera menjadi musuh atau penjenayah. Mereka terkenal sebagai orang yang berdisiplin dan setia kepada negara. Jika orang yang dilatih setia dan dianggap paling setia telah tidak setia, maka ada sesuatu yang tidak kena. Pihak kerajaan perlu memeriksa akan sebab berlaku yang demikian itu. Mungkin kebajikan mereka selepas bersara tidak dipedulikan, menyebabkan mereka hidup merempat atau memilih menjadi penjenayah. Setahu saya, ramai bekas tentera yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan @ jaga. Pada saya, kerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga bukan penghormatan terhadap bekas tentera. Kerja itu tidak setimpal dengan jasa mereka. Malahan, sesetengahnya tiada pencen bulanan sebagai tentera sehingga terpaksa mohon bantuan menyara hidup keluarga. Ibarat pepatah, habis madu sepah dibuang.
Selasa, 29 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan