Tarian Gawai merupakan tarian warisan masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak, dan sekali gus menjadi kebangaan bagi masyarakat dan negara Malaysia. Tarian ini disambut selepas musim menuai, iaitu sekitar bulan Mei atau Jun. Tarian Gawai boleh dipersembahkan secara solo atau berpasangan. Si lelaki menari membongkok sambil berjalan dan membawa pedang. Ada kalanya pedang di tangan dan ada kalanya pedang digigit. Si perempuan pula bergerak perlahan sekadar menginjak-injak kaki dan menarikan tangan, mengiringi rentak tari si lelaki. Penari memakai baju tradisi kaum, berantai manik, berperisai di tangan kiri dan beberapa helai bulu Burung Kenyalang diikat tegak di kepala si lelaki. Si perempuan berpakaian lengkap, berbaju tanpa lengan, berkain skert dan berhiasan di kepala. Nampak sopan dan menarik. Namun, pakaian si lelaki separuh bogel. Hanya bercawat bagi menutup anu sahaja. Aku fikir, cara berpakaian si lelaki itu tidak sesuai lagi, khususnya bagi majlis peringkat nasional. Tepat untuk zaman tradisional, namun tidak tepat pada zaman moden. Apalagi, tarian itu dipersembahkan di hadapan tetamu kehormat dari etnik dan budaya berbeza. Dengan paha dan punggung penuh tatu dan tertonggeng-tonggeng ke arah tetamu pulak, amat terasa ketidaksopanan masa. Alangkah baiknya jika si lelaki memakai trek atau setidak-tidaknya berseluar pendek. Kemudian, diikuti pakaian tradisional yang bermanik-manik itu. Pergerakannya pula disopankan agar tidak membelakang tetamu atau punggung 'tertunjuk-tunjuk' pada tetamu. Manakala air tuak boleh digantikan dengan air mineral.
Sabtu, 5 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan