Sajak saya berjudul 'Jangan Bunuh Universiti' (BM, 6 Mac 2005) menuntut kebebasan akademik dan peranan universiti sebagai pembina modal insan. Sepatutnya universiti bebas daripada gangguan sebarang idealisme politik. Biar mahasiswa berbahas tentang pelbagai ilmu dan ideologi ilmu yang ada di dunia ini. Namun, apabila mahasiswa terpaksa berdemonstrasi menuntut kebebasan akademik, rupa-rupanya permasalahan zaman Mahathirisme itu masih berlaku di zaman 1 Malaysia. Justeru, saya setuju tindakan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di bawah pimpinan Adam Adli Abdul Halim berdemonstrasi. Bukan kerja mahasiswa berdemonstrasi melainkan terpaksa kerana tiada lagi jalan perbincangan. Ternyata, tindakan LMP itu berjaya membuka telinga para pemimpin nasional dan mereka yang pekak terpaksa membeli alat pendengaran. Soalnya, siapakah dan apakah yang menyebabkan mahasiswa berdemonstrasi? Hal ini perlu ditangani agar universiti kita dihormati dan bertaraf dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan