Kata pepatah, 'lain padang lain belalang.' Demikian juga sikap dan cita rasa manusia. Semasa tinggal di Kuala Lumpur, menu pagi masyarakatnya ialah roti canai atau nasi lemak dipadankan dengan teh tarik. Menu pagi masyarakat di Kelantan pula ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan pelbagai kuih-muih. Namun begitu, lain pula menu pagi masyarakat Tawau. Saya belum ketemu roti canai, namun ada dijual nasi lemak. Satu kelainan menu pagi masyarakat Tawau ialah pisang goreng, cempedak goreng, roti sandwic goreng. Pisang dan cempedak goreng itu dicicah kicap berlada (cili pedas). Dua jenis makanan ini terus dijual dari pagi sampai ke petang. Lazimnya, pisang goreng dan cempedak goreng di Semenanjung menjadi hidangan petang sahaja. Satu hal yang istimewa ialah harga pisangnya ialah RM1.00 sesisir. Masakan mereka amat kurang gulai-menggulai (kari). Ini menjadi masalah kerana aku suka kari/kuah. Sambalnya tidak pedas langsung. Namun, ada cili yang sangat pedas dijual. Air pula amat tidak menyelerakan masyarakat Kelantan kerana tawar. Susu disebut 'nain.' Kalau anda memesan teh susu sebut saja 'teh nain / kopi nain.' Ada juga teh tarik. Sejak berada di Tawau, menu pagi aku ialah sama ada nasi lemak + teh nain / kopi nain atau kuih + teh nain / kopi nain.Ahad, 22 Januari 2012
Menu Pagi
Kata pepatah, 'lain padang lain belalang.' Demikian juga sikap dan cita rasa manusia. Semasa tinggal di Kuala Lumpur, menu pagi masyarakatnya ialah roti canai atau nasi lemak dipadankan dengan teh tarik. Menu pagi masyarakat di Kelantan pula ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan pelbagai kuih-muih. Namun begitu, lain pula menu pagi masyarakat Tawau. Saya belum ketemu roti canai, namun ada dijual nasi lemak. Satu kelainan menu pagi masyarakat Tawau ialah pisang goreng, cempedak goreng, roti sandwic goreng. Pisang dan cempedak goreng itu dicicah kicap berlada (cili pedas). Dua jenis makanan ini terus dijual dari pagi sampai ke petang. Lazimnya, pisang goreng dan cempedak goreng di Semenanjung menjadi hidangan petang sahaja. Satu hal yang istimewa ialah harga pisangnya ialah RM1.00 sesisir. Masakan mereka amat kurang gulai-menggulai (kari). Ini menjadi masalah kerana aku suka kari/kuah. Sambalnya tidak pedas langsung. Namun, ada cili yang sangat pedas dijual. Air pula amat tidak menyelerakan masyarakat Kelantan kerana tawar. Susu disebut 'nain.' Kalau anda memesan teh susu sebut saja 'teh nain / kopi nain.' Ada juga teh tarik. Sejak berada di Tawau, menu pagi aku ialah sama ada nasi lemak + teh nain / kopi nain atau kuih + teh nain / kopi nain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan