Terdapat 11 tajuk buku dwibahasa ini, iaitu "Melayu dan Kepimpinan," Memperkukuh Jati Diri," "Meneraju Bangsa," "Menyatu Bangsa Membina Negara," "Mendukung Keluhuran Perlembagaan," "Meneraju Negara," "Rakyat dan Demokrasi," "Berdiri Sama Tinggi," "Pencetus Perubahan," "Hak, Kebebasan dan Keselamatan Negara," dan "Tranformasi untuk Menjuari Kegemilangan." Sekali gus buku ini merupakan janji DS Mohd Najib sebagai peneraju negara di bawah dasar 1 Malaysia, seperti katanya, "... kita sentiasa berpegang kepada tiga prinsip utama, iaitu kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional; Islam sebagai addin dan kemakmuran negara sebagai tonggak keadilan sosial." Berdasarkan beberapa fenomena yang berlaku saya khuatir hal ini tidak difahami oleh hulubalang beliau serta institusi pengerak sehingga membawa lumpur hitam kepada kerajaan. Kes Liwat 2, Fidlot, keganasan polis, kerakusan ahli politik tertentu, tuntutan Bersih 2.0, perpecahan Melayu misalnya ternyata berada di luar wilayah roh kata-kata DS Mohd Najib di atas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan