Nama saintifiknya ialah Annona muricata L. Buah ini berasal dari hutan tropika Carribean dan kini banyak tumbuh di Asia Tenggara. Dahulu, semasa di kampung, aku membiarkan tumbuh, berbuah dan gugur begitu sahaja. Amat jarang aku memakannya. Namun kini, Durian Belanda telah menjadi buahan ekslusif. Harganya naik mendadak setelah diketahui khasiat. Di Kota Bharu, Durian Belanda dijual secara timbang dengan harga RM14.00 sekilo. Namun di Tawau, isteriku membeli sebiji Durian Belanda yang beratnya lebih tiga kilo dengan harga RM3.00. Malangnya, amat sukar diperoleh. Menurut laporan dari http//:wwwdurianbelanda.com, buah berduri lembut dan berkulit lembut ini mempunyai banyak khasiat. Antaranya, dipercayai dapat mengubat penyakit darah tinggi, kencing manis, gastrik, masalah jantung, penyakit hati, sakit sendi dan sengal anggota tubuh, dapat meningkatkan susu badan wanita, elak ketengangan, boleh dijadikan ubat penyakit malaria, ulser perut, antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan sakit saraf, Isinya yang lembit boleh dimakan terus atau dibuat jus. Malah, daunnya juga boleh dibuat teh. Selamat mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan