Jarak Kunak dari Balung sekitar 50 KM. Jalannya mendatar dengan hiasan ladang kelapa sawit berselang pohon pisang, durian, rambutan dan hutan. Nama daerah seluas 438 batu persegi (1134 KM) ini sempena nama kapal kepunyaan Straits Steamship Company yang berlabuh di Lahad Datu sekitar 1960, di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kunak. Walaupun baru mendapat nama, daerah Kunak yang terletak di Pantai Timur Sabah, telah pun didiami manusia sejak 30,000SM, khususnya di Tingkayu. Penduduknya sekitar 60,086 orang dari etnik Bajau, Bugis, Suluk, Cocos dan lain-lain. Majoriti (95%) beragama Islam. Perjalanan ke Pekan Kunak akan menempuh bandar baru Kunak yang sedang berkembang dengan dua stesen minyak (Esso dan Petronas), beberapa deretan bangunan kedai (majoritinya kedai perabut dan pakaian), pasar, balai polis, sekolah, KFC, dan sebuah hospital. Jalannya berakhir ke bandar lama. Di kiri dan kanan bandar lama berderetan bangunan kedai kayu serta beberapa pentempatan rumah di atas air. Jalannya agak sesak. Selain peladangan sawit, kegiatan ekonomi masyarakat Kunak ialah pertaniabn dan menangkap ikan. Justeru, di sini kaya dengan hasil maritim yang segar dan murah. Walaupun terdapat perpustakaan awam, daerah yang mempunyai dua mukim ini - Mukim Madai dan Mukim Pangi - tidak mempunyai kedai atau gerai menjual bahan-bahan bacaan, termasuk akhbar. Ini kekurangan yang perlu diatasi agar pembangunan fizikal seimbang dengan pembangunan interlektual.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan