Alangkah baik sekiranya jam berada di tanganku dan aku berkuasa terhadap jam itu: mengawal pergerakan jarum panjang dan jarum pendeknya. Dengan itu aku tidak ketinggalan masa. Dan, yang lebih penting aku dapat menentukan masa tanpa mengubah sifat masa. Aku tidak akan mengalami kejutan (budaya) masa. Semasa di semenanjung aku bangun sekitar pukul 6.00. Alam gelap bertukar kecerahan warna sekitar pukul 6.35. Namun, lain pula penerimaan masa yang aku alami di Tawau. Waktu solat Subuh mula sekitar 4.55 pagi. Alam mulai cerah pada pukul 6.00 pagi (gambar atas). Malam bermula pukul 6.30 petang. Manakala waktu kerja bermula pukul 7.30 / 8.00 pagi hingga 4.30 / 5.00 petang. Sedangkan, alam pada pukul 6.30 pagi (gambar bawah) sudah cerah. Agak membazir masa kerana terpaksa menunggu waktu kerja ditetapkan. Oleh sebab itu aku berkata, alangkah baik sekiranya jam berada di tanganku dan aku dapat mengubahnya. Akan aku ubah masa mula bekerja, sama ada pukul 6.30 atau 7.00 atau 7.30 atau kekal 8.00 pagi. Terpulanglah pada pilihan. Yang penting aku tidak tergesa-gesa pulang pada pukul 4.30 petang kerana suasana sekitar pukul 6.30 petang sudah mulai gelap dan sudah masuk waktu solat Magrib.
Khamis, 12 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan