Aku tiba di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 6.35 petang pada 2 Disember 2011. Keadaan sekitar sudah gelap-gelemat. Nasib baik aku dijemput oleh Encik Hamzah Lasa yang membawa aku ke tempat penginapan. Ini kali pertama aku menempuh suasana malam pada pukul 6.30 petang (malam). Walaupun penerbangan domestik, aku terpaksa melalui pemeriksaan imigresen. Setelah menghulurkan kad pengenalan, pegawai imigresen memberi sekeping pas pelawat. Pas itu membenarkan aku tinggal selama 90 hari di Sabah. Sambil berjalan keluar, hati kecilku berbisik, "Adakah negeri Sabah ini sebahagian daripada Malaysia? Adakah Sabah ditadbir di bawah sistem pemerintahan 1 Malaysia? Adakah aku ini bukan warganegara Malaysia?" Kalau "ya," mengapakah warganegara Malaysia dihadkan berada di Sabah. Mengapakah aku dihantar untuk berkhidmat di Sabah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan