Entah di mana silapnya, pengumuman Fasa 3 kenaikan 'one-off' DG44 ke DG48 para pensyarah IPG terus mengundang kontroversi. Ramai pensyarah yang layak masih tercicir. Malah, beberapa nama yang diumumkan pada akhir tahun 2010 dan ditahan pemprosesannya, juga tercicir apabila diumumkan kembali pada akhir tahun 2011. Pada fikiran aku, hal ini terjadi kerana terlalu banyak karenah dan ketidaktelusan dari pihak IPGM dan IPGK yang menetapkan pelbagai syarat. Sedangkan, kenaikan dalam Fasa 1 dan Fasa 2 (DG44 ke DG48, DG48 ke DG52 dan DG52 ke DG54) tidak bersyarat. Antara lain karenah yang dikenal pasti ialah pemberian markah prestasi di bawah paras 90. Bagi pentadbir IPGK berprinsip bahawa markah 90 ke atas hanya layak kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti di peringkat antarabangsa. Akibatnya, sekali lagi para pensyarah malang di IPGK protes dan mendesak penjelasan dari pengarah. Satu pengajaran penting patut diteladani oleh para pengarah dan penilai prestasi di IPGK ialah tidak kedekut markah dan mengambil berat kebajikan kakitangannya. Pemberian ganjaran biarlah adil dan setimpal dengan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan